Setiap orang pastinya inginkan wajah yang jelita di pagi hari raya. Solekan wajah yang ringkas sudah memadai bagi menyerlahkan keserian wajah. Namun begitu, perkara yang paling penting ialah solekan asas yang sempurna supaya wajah tampak semula jadi. Solekan asas yang baik juga akan menampakkan kulit muka kita lebih berseri. Berikut merupakan 5 tips bagi mendapatkan solekan asas yang sempurna di pagi Raya!

     1.   PENJAGAAN MUKA YANG RAPI

Suka ataupun tidak, perkara ini ialah kenyataan. Apabila kita memiliki kulit yang sihat, secara automatik solekan kita akan tampak sempurna. Namun begitu, sebagai seorang manusia kita tidak lari daripada pelbagai masalah kulit. Sebagai contoh, tona kulit muka yang tidak sekata, bintik-bintik hitam atau merah, permukaan kulit yang tidak rata, kulit mengelupas, masalah jerawat dan macam-macam lagi. Oleh sebab itu, penjagaan muka yang rapi amatlah penting. Amalkan penjagaan muka yang paling asas iaitu pencuci muka, pelembab muka dan juga produk pelindung matahari.

Antara produk yang bagus untuk mendapatkan solekan asas yang baik ialah produk yang mengandungi kesan kabur (blur effect). Skintella Repairing Serum merupakan antara produk yang mengandungi kesan kabur seperti krim primer. Hasil daripada penggunaan Skintella Repairing Serum sebelum memulakan solekan asas ialah solekan tersebut akan tampak lebih sekata.

Kayman Beauty – Skintella Repairing Serum

 

     2.  PENGGUNAAN PUPUR MUKA

Pupur muka merupakan salah satu produk yang amat popular dalam kalangan penggemar kecantikan di Korea Selatan. Mereka sering kali mengenakan pupur muka sebelum memulakan rutin penjagaan muka, sebelum memulakan solekan asas mahupun sebelum tidur. Tidak kira sama ada lelaki ataupun perempuan, penggunaan pupur muka di negara yang terkenal dengan lambakan para idola popular itu amatlah meluas. 

Penggunaan pupur muka sebelum memulakan solekan asas amatlah membantu untuk memperoleh solekan yang sempurna. Esen yang diserap daripada pupur muka tersebut akan melembabkan kulit muka. Seterusnya, aplikasi solekan akan menjadi lebih mudah dan tampak sekata. 

Anda juga boleh mencuba cabaran #sheetmaskraya di mana anda perlu menggunakan pupur muka setiap hari selama seminggu sebelum menjelang hari raya. Hasilnya bukan sahaja kulit anda akan menjadi lembut dan mulus, malah aplikasi solekan juga akan lebih mudah kerana kulit anda berada dalam keadaan yang baik!

Terdapat pelbagai pupur muka yang terdapat di pasaran, contohnya seperti Golden Cocoon Multi Element Mask yang juga dikenali sebagai KayMEM. KayMEM ini membantu untuk menghidratkan dan menyerikan kulit wajah. Penggunaan KayMEM secara konsisten juga mampu untuk menampakkan seri wajah awet muda kepada penggunanya. Sememangnya KayMEN ini amat sesuai digunakan sebelum solekan asas agar solekan tersebut akan menjadi lebih sempurna.

 Kayman Beauty – Golden Cocoon Multi-Element Mask (MEM)

 

     3.  PENGGUNAAN PRIMER

Primer digunakan sebagai langkah pertama sebelum memulakan solekan atas. Lazimnya, primer digunakan sebelum foundation. Terdapat pelbagai jenis primer yang terdapat di pasaran. Antara primer yang paling popular ialah oleh Benefit iaitu The POREfessional.

BENEFIT – Rangkaian The POREfessional 

Primer dapat membantu untuk memberikan kesan yang natural dan mampu untuk membuatkan solekan tampak lebih menawan. Penggunaan primer juga mampu untuk menutup cela di muka dan menggurangkan penampakan pori-pori muka yang terbuka. Berita baik bagi mereka yang gemar menggunakan primer pada kulit wajah ialah primer tidak membuatkan pori-pori muka tersumbat. Hal ini demikian kerana fungsi primer itu sendiri adalah untuk mengurangkan penampakan pori-pori sahaja dengan memberi blur effect.

  4.  PENGGUNAAN BEDAK HALUS

Penggunaan bedak halus juga mampu untuk menghasilkan solekan asas yang lebih semula jadi. Berbanding dengan penggunaan bedak kompak, bedak halus lebih mudah untuk dikawal dan membuatkan solekan bertahan lebih lama.

Bedak halus

Sekiranya anda mempunyai kulit muka yang berminyak, penggunaan bedak halus amatlah digalakkan. Hal ini demikian kerana bedak kompak kebiasaannya mengandungi wax atau silikon yang akan membuatkan solekan tampak bercapuk apabila bercampur dengan sebum yang dihasilkan kulit anda. Namun begitu, bedak halus diformulasi tanpa bahan tersebut tetapi ia masih mampu membantu solekan tahan lebih lama. Penggunaan bedak halus mampu untuk menyerap lebihan minyak pada kulit muka dan membantu kulit daripada kelihatan bercapuk dan berminyak. 

Perkara paling penting dalam penggunaan bedak halus ialah jenis bedak ini juga mampu untuk mengurangkan penampakan kedutan halus pada kulit muka. Semestinya solekan akan tampak lebih sekata dan sempurna! 

 

     5. PENGGUNAAN PRODUK YANG MENCUKUPI

Penggunaan produk yang mencukupi bermaksud tidak menggunakan bahan solekan yang keterlaluan. Bagi mengelakkan solekan asas kelihatan bercapuk, elakkan menyapu krim asas, krim penutup cela, pembayang muka dan bedak yang berlebihan. Hal ini akan menyebabkan kulit muka bercapuk dan muka merekah. Oleh sebab itu pengguna haruslah mengetahui kadar produk yang sewajarnya.

Kesimpulannya, terdapat banyak tips yang boleh dipraktikkan bagi mendapatkan solekan asas yang sempurna. Namun begitu, perkara yang paling penting ialah anda mestilah mengetahui dan memahami keadaan kulit muka anda sebelum menggunakan sesuatu kaedah dan produk. Bukan itu sahaja, penggunaan solekan pada wajah merupakan satu perkara yang boleh dilatih.

Masih ada masa untuk anda mencuba salah satu teknik di atas agar anda akan tampil jelita di hari raya nanti. Solekan asas yang sempurna akan membuatkan aplikasi solekan yang lain tampak lebih sempurna dan semula jadi. Selamat mencuba!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *