Amatlah penting untuk membersihkan solekan dengan baik supaya tiada sisa solekan tertinggal pada muka yang boleh menimbulkan masalah kulit seperti jerawat, bintik kecil, kulit kusam, dan sebagainya. Ikuti cara-cara mudah ini untuk bersihkan solekan supaya kulit kekal licin berseri!
1. Triple cleansing
Gambar dari allure
Anda mungkin tahu tentang double cleansing, tapi jika memakai solekan tebal, apa kata cuba triple cleansing pula? Cara membuat triple cleansing adalah dengan menambah satu langkah sebelum memulakan double cleansing. Double cleansing lazimnya dibuat dengan menggunakan pembersih berasaskan minyak (oil-based cleanser), diikuti oleh pembersih berasaskan air (water-based cleanser) yang biasa digunakan.
Untuk triple cleansing pula, gunakan tisu basah pembersih solekan atau makeup remover wipes, sebelum memulakan rutin double cleansing. Cara triple cleansing ini akan memastikan kulit betul-betul bersih tanpa sebarang sisa solekan. Namun, triple cleansing tidak perlu dilakukan setiap masa; hanya sekiranya solekan tebal dikenakan.
2. Gunakan pencuci muka berasaskan minyak
3. Fokus pada solekan mata
Gambar dari Rose Inc
Bahagian mata merupakan bahagian yang paling banyak produk solekan; bermula daripada primer, penutup cela, pembayang mata yang pelbagai jenis, celak mata, dan maskara kalis air, hingga penggunaan bulu mata palsu. Sudah pasti bahagian tersebut memerlukan cara pembersihan yang lebih berfokus. Oleh sebab itu, pelbagai produk direka khusus untuk membersihkan solekan pada mata. Amat penting untuk bersihkan bahagian mata dengan betul, untuk mengelakkan berlakunya jangkitan mata atau pembiakan bakteria yang boleh menyebabkan ketumbit.
Itu sahaja! Terdapat pelbagai produk yang boleh digunakan untuk membersihkan solekan dengan berkesan. Produk-produk tersebut juga diperkaya dengan bahan-bahan khusus untuk membersihkan solekan wajah. Amatlah penting untuk mengetahui produk yang sesuai dan paling berkesan, kerana cara membersihkan wajah yang baik dapat mengelakkan kulit mengalami masalah, malah menjadi lebih cantik dan sihat sekiranya dijaga dengan baik.