PERLU KE KITA PAKAI TONER?

Published:Wed, Jan 18, 2023
PERLU KE KITA PAKAI TONER?

Penyegar muka ataupun facial toner adalah antara produk yang semakin popular dalam kalangan pengguna produk penjagaan kulit, lebih-lebih lagi toner dalam bentuk semburan.

HyaluMelon Mist Toner dalam bentuk semburan mudah digunakan dan menyegarkan wajah.

Bagi mereka yang tidak pasti atau tidak pernah memakai toner, sudah tentu akan tertanya: "Perlukah pakai toner dalam rutin penjagaan kulit?"
Toner secara amnya bertujuan menyediakan atau prep kulit setelah mencuci muka dan sebelum memakai produk lain. Toner membantu untuk pastikan pH kulit berada pada tahap optimal supaya kekal sihat. Toner juga membantu dalam proses penyerapan produk skincare lain agar memberi manfaat sepenuhnya kepada kulit. Selain fungsi am tersebutbanyak lagi kebaikan toner yang mendatangkan faedah kepada kulit:

 

1. Kekalkan hidrasi (hydration) kulit

Seperti badan kita, kulit juga memerlukan hidrasi atau kandungan air yang mencukupi agar dapat berfungsi dengan baik dan sentiasa kelihatan cantik berseri. Jangan pandang remeh tahap hidrasi kulit - sekiranya kulit tidak cukup hidrasi, komposisi kulit akan jadi tidak seimbang. Hal ini boleh menyebabkan kulit menjadi terlalu kering atau terlalu berminyak. Dalam jangka masa lama, hal ini bakal membawa kepada masalah kulit lebih lanjut seperti skin barrier yang rosak, jerawat, dan sebagainya. Untuk kekalkan hidrasi, kita sangat memerlukan toner yang mudah dan pantas untuk memastikan kulit sentiasa kekal lembab seperti Hyalumelon Mist Toner.

 

2. Meningkatkan tahap kelembapan kulit

Kulit kita seperti span iaitu apabila dalam keadaan lembap, mampu menyerap produk dengan lebih baik. Toner yang melembapkan kulit setelah mencuci muka membantu menyerap produk skincare lain dengan lebih baik, terutamanya pelembap atau moisturizer. Gandingan toner dan moisturizer ialah elemen penting dalam memastikan kesihatan kulit. Kulit yang sihat pula berfungsi dengan lebih baik dan lebih sukar atau jarang mengalamai masalah, seterusnya kelihatan lebih cantik.

Nikmati kulit sejuk, lega, dan segar dengan HyaluMelon Mist Toner.

 

3. Dapat meredakan radangan kulit

Kulit wajah yang terasa "panas," kurang selesa, serta kemerah-merahan boleh diredakan dengan menggunakan toner. Ini kerana toner mampu menyegarkan serta menyejukkan kulit, terutamanya toner yang mempunyai kandungan bahan yang melegakan dan meningkatkan hidrasi, seperti asid hyaluronik, pegaga, ekstrak camellia sinensis, dan sebagainya.

 

4. Kurangkan penampakan liang pori

Berbalik kepada perumpamaan kulit dan span tadi - apabila lembap, span kelihatan lebih gebu dan permukaan span juga nampak lebih halus. Begitu juga dengan kulit apabila lembap. Liang pori terlihat kurang ketara dan permukaan kulit tampak lebih mulus dan licin. Penggunaan toner secara keseluruhan mampu membuat kulit nampak lebih berseri dan mengurangkan kekusaman.
Toner kini terdiri daripada pelbagai jenis di pasaran dan terdapat bermacam pilihan berdasarkan keperluan kulit dan kesukaan peribadi. Pengguna yang menggunakan toner secara konsisten pastinya akan memperoleh manfaat yang lebih dan dapat lihat kesan pada penampilan kulit.