Tips untuk Kulit Kusam dan Kering

Published:Mon, Jan 16, 2023
Tips untuk Kulit Kusam dan Kering

Kulit kusam dan kering adalah antara masalah kulit ataupun "skin concern" yang paling biasa menjadi keluhan ramai. Sudah pastinya semua orang mengidamkan kulit muka yang sihat dan berseri. Wajah berseri sebenarnya tidaklah susah diperoleh - ikut sahaja tips ini!

 

1. Eksfoliasi kulit

Tahukah anda bahawa sel-sel kulit kita akan mati setiap 28 hingga 30 hari bagi memberi ruang kepada sel-sel baharu? Sel-sel kulit mati inilah yang menyebabkan kulit nampak kusam dan tidak bermaya. Bagaimanakah cara untuk membuang sel-sel kulit mati tersebut? Eksfoliasi merupakan salah satu kaedah yang paling berkesan.

Kaedah eksfoliasi disarankan untuk dilakukan sekali atau dua kali sahaja dalam seminggu. Terdapat beberapa jenis kaedah eksfoliasi seperti eksfoliasi kimia dan eksfoliasi fizikal. Kedua-dua kaedah ini mempunyai fungsi yang sama iaitu membuang sel-sel kulit mati, meningkatkan seri wajah, dan membantu untuk merangsang penghasilan kolagen. Bukan itu sahaja, sekiranya mengeksfoliasi kulit secara konsisten setiap minggu, liang-liang pori juga akan bersih sekali gus akan membuatkan liang-liang pori tampak kecil!

HoneyGlo Facial Exfoliant membuang sel kulit mati dengan berkesan tapi lembut untuk kulit wajah halus berseri.

 

2. Double cleanse

Double cleansing ialah kaedah mencuci wajah dengan dua jenis pencuci muka berbeza: pertama ialah pencuci muka berasaskan minyak (oil-based cleanser) dan kedua ialah pencuci muka berasaskan air (water-based cleanser). Kaedah double cleansing ini mampu menaikkan seri wajah dengan membersih jauh ke dalam pori tanpa membuat kulit rasa kering atau tidak selesa, di samping menyingkirkan sel-sel kulit kering atau mati secara lebih lembut. Apabila kulit muka bersih secara mendalam, wajah dengan automatik akan kelihatan lebih berseri.

Skintella Cleansing Sherbet dan CoalBerry Cleanser gandingan terbaik untuk kulit bersih hingga ke pori.

 

3. Gunakan penyegar (toner)

Penggunaan penyegar bagi sesetengah orang mungkin tidak memberikan kesan yang hebat. Namun begitu, sekiranya kulit mula terasa kering dan menggelupas, anda mungkin memerlukan penyegar dalam rutin penjagaan muka. Seiring dengan namanya, penyegar berfungsi untuk memberikan kesan hidrasi yang cukup kepada kulit. Penyegar memberikan kesegaran yang mudah tanpa menghilangkan kelembapan semulajadi pada kulit. Kelembapan kulit yang berpanjangan akan menyebabkan kulit nampak lebih berseri!

HyaluMelon Mist Toner menyegarkan muka secara mendalam dan berpanjangan dengan kaedah "spray" mudah.

 

4. Gunakan produk "brightening"

Produk brightening yang mencerahkan wajah boleh mengelakkan kulit kelihatan kusam. Produk brightening tidak sama dengan produk pemutih; produk yang mencerahkan kulit wajah akan menaikkan seri kulit dengan membuatkan tona kelihatan lebih sekata. Berbeza dengan produk yang hanya setakat memutihkan, produk pencerah akan buat kulit nampak seakan "glowing" dari dalam.
HoneyGlo Nourishing Essence dan Rosa Glow Treatment Essence antara produk pencerah terbaik, sesuai untuk "beginner" mahupun kulit sensitif.

Itulah beberapa tips yang anda boleh ikuti bagi menaikkan seri wajah yang kusam dan kering. Penggunaan rutin secara konsisten amatlah penting bagi mendapatkan hasil yang lebih berkesan. Selamat mencuba!