Tips Penjagaan Diri Selain Skincare

Published:Thu, Jan 12, 2023
Tips Penjagaan Diri Selain Skincare
Orang putih kata "self-care." Penjagaan diri sebenarnya bukan sahaja merangkumi skincare atau solekan, tetapi juga penjagaan secara lebih holistik yang menyumbang kepada kesihatan mental. Setelah melalui fasa Covid-19 dengan pergerakan terhad, sudah tentu kita lebih sedar akan perlunya penjagaan diri yang lebih menyeluruh. Penjagaan diri seperti ini penting untuk memastikan kita berada pada tahap yang baik dan juga menyumbang kepada penampilan yang cergas, sihat, dan bermaya. 

  1. Tidur yang cukup


[caption id="attachment_90605" align="aligncenter" width="800"] Gambar dari Johns Hopkins Medicine[/caption]
Ini adalah antara perkara yang paling asas tetapi juga paling kerap terlepas pandang. Badan dan minda kita memerlukan tidur yang cukup agar dapat berfungsi pada tahap yang baik. Kadar metabolik yang sihat juga bergantung kepada tidur yang cukup, dan penampilan kulit turut kelihatan lebih bermaya sekiranya mendapat rehat yang diperlukan. 

  1. Kurangkan kadar pengambilan gula


[caption id="attachment_90604" align="aligncenter" width="739"] Gambar dari UT Health Houston[/caption]
Pengambilan gula berlebihan akan mengakibatkan badan kita mempunyai penyakit dalam masa yang panjang. Oleh sebab itu, mengawal kadar pengambilan gula dalam badan amatlah penting. Kurangkan pengambilan makanan atau snek yang diproses. Lebihkan makan buah-buahan, sayur-sayuran, dan amalkan meminum air putih. Tidak ada salahnya sekiranya inginkan air pelbagai perisa, namun berpada-pada, okay?

  1. Melihat tumbuhan hijau 


[caption id="attachment_90603" align="aligncenter" width="687"] Gambar dari Selective Gardener[/caption]
Sekiranya kehidupan seharian amat sibuk, tenangkan diri dengan melihat tumbuhan hijau. Melihat tumbuhan hijau dapat memberikan ketenangan dan kenyamanan dalam diri. Bukan itu sahaja, melihat tanaman hijau juga mampu untuk menyegarkan mata dan mengembalikan mood dengan lebih baik!

  1. Memakai persalinan yang selesa


[caption id="attachment_90602" align="aligncenter" width="600"] Gambar dari JapanToday[/caption]
Tahukah anda, memakai pakaian yang selesa dan disukai boleh membantu meningkatkan motivasi diri? Mengenakan pakaian yang selesa boleh membuat kita rasa lebih yakin dan mampu untuk melakukan aktiviti seharian dengan lebih bersemangat. Oleh sebab itu, jangan lupa pakai pakaian yang selesa dan cantik setiap hari, ya!

  1. Memuji diri sendiri


[caption id="attachment_90601" align="aligncenter" width="764"] Gambar dari PsychCentral[/caption]
Bilakah hari terakhir anda memuji diri sendiri? Sekiranya jarang memuji diri sendiri, amat digalakkan untuk memuji diri sendiri dengan lebih kerap! Amalan ini bertujuan menunjukkan rasa penghargaan kepada diri sendiri dan rasa sayang akan diri. Sekiranya kerap memuji diri sendiri setelah melakukan sesuatu yang sukar, pastinya akan berasa bangga dan lebih bersemangat!